clapaucius88a

Wednesday 21 September 2011

Bila perempuan sudah naik marah



Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah
Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising
Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri
Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati
Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang
Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!

Sunday 4 September 2011

Sahabat yang baik

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

“Never take some one for granted, Hold every person Close to your Heart because you might wake up one day and realise that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones.” Remember this always in life

Jika kita...


Jika kita punyai cuma hari ini,
Jika esok kita mati,
Cukupkah sudah amalan sebagai bekalan disana nanti?
Jika kita punyai cuma satu siang sahaja lagi,
Jika kita diberi peluang sampai petang ini,
Untuk membersihkan segala kekotoran pada diri dan hati,
Sempatkah kita membersihkan segala daki-daki jahiliyyah terpalit pada diri?
Jika kita punyai cuma satu jam sahaja lagi,
Jika itu masa ditetapkan untuk kita kembali kepada yang Hakiki,
Pastikah kita dihari pembalasan nanti,
Kita tidak menerima buku catatan dengan tangan kiri?
Jika kita hanya punyai saat ini,
Jika Izrail kini menghampiri,
Tatkala itu kita tak mampu buat apa-apa lagi,
Pastikah kita gembira bersama amalan yang menggunung bertemu Ilahi?
Atau kita membawa dosa yang terbeban dibahu sementara disana neraka Jahanam menanti?
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…”
MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA IZHAM NORDIN SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DENGAN ORANG YANG BERIMAN~ AMIN~

Saturday 3 September 2011

Sempat lagi tu

Semalam hari raya yang ke-5 aku dan family teman tapi mesraku Nurul Afiff pergi beraya di 4 destinasi dengan di anggotai 3 bijik kereta vrooommmmmmmm vrommmmmm,okay bertolak dari rumah dari pukul 4 pm balik around 1.30 am fuyyoooo gila sakan aku beraya, bukan ape almaklumlah awak ni menumpang je naik kete orang tu yang follow je, destinasi yang pertama di Bangi, kedua di Kajang yg ketiga pulak di mana ye di Balakong ? di tepi jalan iaitu singgah sebentar minum air kelapa dan tebu yawww.


Rupa2nya yang bisnes air tebu dan kelapa ni ade pertalian dengan diorang no wonderlah dapat free. So minum dan makan isi kelapa muda tu sungguh enak sekali, mestilah enak yang free tu kan sedap selalunya lagi enak berkrim tambah tambah si pemberi bagi dengan iklas tak gitu. 
Btw, terima kasih atok dan nenek :)
semoga bertambah lah rezeki kamu berdua
amin~


Uishhhh sempat lagi tu kami berposing sementara mentelaah yang lain pula. Yang kiri tu teman tapi mesraku(TTM) ;D die lah yang ajak saya.
Aligato!


Dan destinasi yang terakhir kami pada malam itu dekat Ampang Fiwana court condominium, not bad jugak lah. Sampai sampai je dekat depan pintu tu je TTMku nampak die pun ex-kakak gf die and also mak mertua yang tak jadi tu. Oh sungguh mengejutkan. Rasa dunia pada mlm tu bukan the happy endingku . Tapi aku dengan gagahnye rasa no heart feeling pun, jealous pun jauh sekali lagi-lagi dengan Nurul fazirah tu bukan taste aku untuk bergaduh dgn die.
SORRY!
kalau dengan NORAINI BT AMBUAR percaya jugak
NEXT LAH!! 
OKAY SABA JAP.

Besalam-salaman ,cium-ciuman tapi takpe hari yang baik tak perlu kita keruhkan keadaan. Sebab perkara kecik je. Benda boleh settle kot!

Tau tak ape yang diorang hidangkan untuk kami semua, kami di hidangkan dengan juadah Makaroni & dan menu special pada hari tu stick, tepuk tangan please sedapp okay. Pandai uncle bob masak. Thumbs up for you. Mana tak nya Uncle bob adelah chef di Hotel Awana. Siap ajar lagi masak stick tu. Die bg tau nak beli daging tu beli dari BRAZIL,AUSTRALIA and ape entah dah tak ingat. Pssssttt jangan beli dari INDIA tu je pesannya. Harga satu daging yang diimport tu mencecah rm48 tu yang belum masak dalam freezer lagi kalau dah siap entah berapa pulak harganya di charge.Thinking ? Mahalkan. tp nak buat macamane at least dapat juga makan dari Brazil punyaa. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka sangka kan, thankq.



yum yum yummy. bellydelicious oooooo rasa nak tambah je tapi rumah orang kan nnt nampak na pelahap macam tak makan seminggu je heheehee.

Blogger


Sekarang blogger menjadi salah satu punca rezeki. Jangan sesekali pandang rendah kepada blogger kerana boleh jadi pendapatan mereka lebih hebat daripada anda. Jangan terkejut kalau anda hanya mampu pakai Myvi sahaja sedangkan golongan ini mampu memakai mini cooper!
Pada pendapat saya,blogger bukanlah penganggur tetapi mereka juga perkerja macam orang lain cuma cara kerja mereka lain sedikit dari orang lain,mereka hanya buat apa yang mereka suka,orang suka apa yang mereka buat,orang pergi ke blog mereka,mereka dapat upah dari syarikat pengiklanan.
Usah dengki dengan mereka,usah cerca mereka kerana mereka hanya duduk di hadapan komputer seperti tiada kerja, sebenarnya beribu-ribu idea yang mereka sedang fikirkan dan perkara itu bukanlah senang! Cuma,dalam mencari rezeki, syaitan tidak pernah hilang dalam menjahamkan umat Islam.

NAK!


Dah hampir 2 minggu aku tak dapat benda ni, last pun time aku buka puasa dengan membe kerja. So now aku mesti kene kol ni, kol siapa eh ?siape lagi en.deliverykan ade, nak mintak tolong orang nanti mesti macam-macam alasan yang dikeluarkan, so lebih baik order sendiri. ye dakk. Lagi puas hati. Perut kenyang hati pun senang. Padahal baru melantak nasik segondang iaitu lauk masak lomak cili api. Tapi kalau tak dapat harini esok insyAllah masih ade kan.



Friday 2 September 2011

Doa panjang umur


Allahumma tawwil 'umurana fi ta'atika wa ta'ati rasulika waj'alna min 'ibadikas salihina.

Artinya: "Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh.

Thursday 1 September 2011

Aku yang tersakiti


Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang takkan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia