clapaucius88a

Wednesday 31 August 2011

Oh ika

Hari ni dah hampir satu hari setengah ika tak balik rumah, ibu dan abah risau sebab ika tak balik. Kenapa sampai macam ni, yang peliknya ibu and abah tak marah pun maybe die nak beraya sakan sampai tak balik. tak tau ke ibu abah risau kat kau mcm orang gila diorang sampai nak report polis! kenapa tak reti balik huh! please lah jangan menyusahkan orang tua. 

Aku sedih lah tgk keadaan mcm ni. lagi satu kenapa lah kau pandai sangat sampai fon pun tak bawak, ke memang dah rancang time nak keluar beraya taknak bawak fon supaya org lain carik tak dapat, senang nak keluar sana sini. Hmmmmm please fikir panjang kau tu bukan budak kecik lagi.

so sampai sekarang kitaorang tak boleh nak contact kau, dengan siapa pun kau keluar? pergi mana? still tak tau please lah carik kitaorang as soon as possible. Jangan mengikut nafsu ada otak fikir baik-baik. Ibu abah marah sebab die sayang anak-anak die bukan nak menjatuhkan kau.

Abah outstation dari jauh sanggup balik bila ibu bagitau yang kau tak balik rumah, tau betapa die marah sangat kat kau. kan bapak kau tu panas baran jaga lah sikit hati die, die carik duit untuk kita, sometimes kau tak tau ke erti bersyukur dan rasa sedikit kesusahan org tua kita. tak semuanya apa yang kita nak diorang boleh turutkan kan kata kita.


Balik lah sebelum apa apa terjadi!
Kau adik aku gila ke kalau aku tak ambik port pasal kau,maruah kau maruah aku jugak. Lagi kesian bila ibu tak dapat tido, then mata die bengkak sebab kau. Sedih aku melihatnya...



Tuesday 30 August 2011

Kumbang & bunga






Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Monday 29 August 2011

Alhamdulillah

Ni adalah account blog aku yg kedua, sebabnya yg pertama totally dah tak boleh buka dek kerana kecuaian kepala sendiri yang lupa akan passwordnya. Sangat sedih yelah dah tak boleh bukak ape-ape langsung banyak jalan alternatif yang aku lakukan tapi masih juga tak berjaya, tp tak apa belajar dari kecuaian kita sendiri. Alhamdulillah berjaya jugak buat yang kedua ni walaupun simple sesimplenya (maaf ye ayat rojak,so kakak2,abang2,adik2,puan sri,tan sri dll jgn ikut macam saya ye.last but no least. Salam satu Malaysia :)