clapaucius88a

Saturday 3 September 2011

Blogger


Sekarang blogger menjadi salah satu punca rezeki. Jangan sesekali pandang rendah kepada blogger kerana boleh jadi pendapatan mereka lebih hebat daripada anda. Jangan terkejut kalau anda hanya mampu pakai Myvi sahaja sedangkan golongan ini mampu memakai mini cooper!
Pada pendapat saya,blogger bukanlah penganggur tetapi mereka juga perkerja macam orang lain cuma cara kerja mereka lain sedikit dari orang lain,mereka hanya buat apa yang mereka suka,orang suka apa yang mereka buat,orang pergi ke blog mereka,mereka dapat upah dari syarikat pengiklanan.
Usah dengki dengan mereka,usah cerca mereka kerana mereka hanya duduk di hadapan komputer seperti tiada kerja, sebenarnya beribu-ribu idea yang mereka sedang fikirkan dan perkara itu bukanlah senang! Cuma,dalam mencari rezeki, syaitan tidak pernah hilang dalam menjahamkan umat Islam.

No comments:

Post a Comment